Sekalung tahniah diucapkan kepada Pegawai berikut kerana memperolehi Anugerah Pekerja Contoh Politeknik Kota Bharu bagi bulan Februari 2020. 

 

Hebahan Terkini

Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah membuka tawaran pendaftaran Pengambilan Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 221/20 bagi lepasan Diploma Kejuruteraan bermula sekarang sehingga 7 Jun 2020.

 Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan menaip "DAFTAR DIPLOMA" ke emel pengambilantldm@navy.mil.my. Calon akan menerima auto-reply dan perlu mengisi butiran maklumat awal pada pautan yang diberikan. 

Bersama-sama ini disertakan

i)   Surat hebahan iklan pendaftaran pengambilan Perajurit Muda TLDM

ii)  Iklan pengambilan

iii)  Syarat kelayakan dan langkah permohonan

 

Muatturun

1. Iklan Pengambilan TLDM Lepasan Diploma

2. Surat Hebahan Pendaftaran

3. Syarat Kelayakan

 

Read more...

Pihak UKK PKB dgn kerjasama USTM PKB akan menganjurkan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI WARGA PKB 1441H.

Objektif utama adalah untuk meraikan hari yang mulia Aidilfitri disamping merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim dikalangan warga walaupun berada didalam situasi PKPB COVID-19.

Ucapan dan salam dari warga PKB  dialu-alukan semasa  majlis tersebut berlangsung.

Majlis ini akan diadakan secara maya melalui aplikasi ZOOM Cloud Meetings.

Butiran adalah seperti berikut:
           
Tarikh : 25 Mei 2020 (ISNIN)
Masa :  10.00 am (masa ZOOM diaktifkan untuk tujuan ini)
Durasi : 40 minit
Pakaian : Rasmi Hari Raya


PERHATIAN
Kepada warga yang belum lagi memuat turun aplikasi ZOOM Cloud Meetings sila muat turun ke telefon atau laptop/desktop masing-masing atau tekan link https://play.google.com/store/apps/details?id=us.zoom.videomeetings untuk muat turun di telefon.

Link Zoom :

https://us04web.zoom.us/j/8229006885?pwd=bkU3dzRCUU5ZN1pEZ3ZNTFV6WmNZUT09

Acara ini juga akan disiarkan secara langsung melalui Live streaming facebook Politeknik Kota Bharu Rasmi  untuk  diekses oleh semua warga Politeknik Kota Bharu.

Sehubungan dengan itu, semua ahli group pengurusan PKB diminta untuk mengwar-warkan kepada staff masing2 agar dapat mengikuti nya bersama melalui aplikasi ZOOM dan secara live streaming di facebook Politeknik Kota Bharu Rasmi seperti tarikh dan masa yg dinyatakan di atas.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Read more...

Prosedur Operasi Standard ( Muatturun )

A.     SEMAKAN KENDIRI

  1. Urusan ini adalah untuk pelajar dalam negeri KELANTAN sahaja
  2. Pelajar dan penjaga bebas dari simptom jangkitan COVID 19
  3. Pelajar dan penjaga yang ada kontak rapat dengan individu positif Covid 19 TIDAK DIBENARKAN HADIR
  4. Semak tarikh yang dibenarkan hadir mengikut blok dan aras
  5. Kenalpasti tempoh masa yang
  6. Dapatkan kelulusan pihak polis (sekiranya perlu) 

B.      SEMASA TIBA DI KAMPUS POLITEKNIK KOTA BHARU

  1. WAJIB pakai penutup mulut & hidung (surgical mask)
  2. Setiap pelajar MESTI pamerkan kad pelajar PKB
  3. Periksa suhu di Pos Pengawal Utama (suhu melebihi 37.50 C tidak dibenarkan masuk)
  4. HANYA 2 ORANG sahaja dibenarkan masuk ke kawasan kampus (pelajar & penjaga) 

C.      BERADA DI KOLEJ KEDIAMAN

  1. Lapor kehadiran di Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman
  2. HANYA PELAJAR sahaja dibenarkan memasuki bangunan kolej kediaman, penjaga berada di dalam kenderaan
  3. Bersihkan tangan dengan pencuci yang dibenarkan
  4. Had masa 30 minit sahaja bagi setiap pelajar mengemas barangan peribadi serta bersihkan kawasan peribadi dalam
  5. Serah kunci bilik serta daftar keluar di Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman
  6. Bersihkan tangan dengan pencuci yang dibenarkan
  7. Segera meninggalkan kawasan kampus PKB

 

Read more...

Tarikh Keputusan Rasmi Pentaksiran Akhir  SESI DISEMBER 2019 dan Tarikh Keputusan Rasmi Penilaian Latihan Industri  

SESI DISEMBER 2019 adalah pada  16 MEI 2019 (SABTU).  

Pelajar boleh menyemak dan mencetak Slip Keputusaan Pentaksiran masing-masing mulai tarikh tersebut*. 

Pelajar semester akhir yang Tamat Latihan Industri boleh mencetak surat tamat pengajian sementara cetakan  komputer untuk urusan

permohonan. 

Sebarang rayuan ke atas keputusan penilaian hendaklah dibuat secara bertulis kepada jawatankuasa peperiksaan

politeknik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi, rayuan hendaklah dikemukakan beserta alasan-alasan

munasabah dan bukti-bukti berkaitan mengikut peraturan am peperiksaan dan kaedah penilaian.  

Pelajar juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap rayuan yang dikemukakan dalam bentuk kiriman wang pos atas

nama PENGARAH POLITEKNIK KOTA BHARU.  

Rayuan boleh dihantar secara secara atas talian ke email : rudin@pkb.edu.my

Pastikan dokumen yang dihantar lengkap termasuk bukti pembayaran.  

Walaubagaimanapun pelajar tetap perlu menghantar segala dokumen dan wang pos tersebut ke alamat 

'Ketua Unit Peperiksaan, Politeknik Kota Bharu, Km 24 Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan. 

Penghantaran melalui email hanyalah untuk mempercepatkan urusan pemprosesan kerana dikhuatiri kelewatan

Perkhidmatan POS disebabkan arahan PKPB.

 

Tarikh akhir Rayuan Keputusan adalah pada 29 Mei 2020. 

Keputusan rayuan adalah muktamad

 

Unit Peperiksaan
Politeknik Kota Bharu

 

Read more...

Perhatian kepada para graduan PKB sesi Disember 2017 dan Jun 2018.

Diharapkan pihak graduan dapat mengisi maklumat status semasa anda di dalam sistem online 1L5G di menu Perkhidmatan Online ( Pelajar) di dalam laman web PKB atau klik disini.

Maklumat anda semua amatlah  penting bagi memastikan maklumat kebolehpasaran graduan PKB berada dalam tahap yang terbaik dari segi ranking .

Segala kerjasama dan sokongan anda semua diucapkan jutaan terima kasih.

 

Read more...

Perkhidmatan Online

  1. PKB
  2. Pelajar
  3. G2G
  4. G2C
  5. G2B
  6. BLOG MINI

  

 

Takwim PKB

Go to top